Saturday 31 May 2014

DekoDeko : English Bedroom Style


Jam menunjukan hampir pukul 4 pagi dan mata Hasya masi belum mahu tido. Kenapakah ? Time mata nie terlelap, otak tetibe je terfikir pasal bilik. English bedroom style. Konklusinya, tangan nie pon membuka lampu dan switch on laptop and mencari di Encik Google ' cara menghiasa bilik ala inggeris '. Tu dia,, semangat memalam bute nie nak mengemas bilik. Tapi bukan sekarang I kemas bilik I okay, tomorrow I have class and malam nie cuma cari ilham and untuk membuat mata bosan. Tapi mata tak bosan, tangan nie dok menaip kat Oncik Google ' DIY bilik inggeris '. Haih tangan, tak boleh berhenti ke ? Tangan pon menjawab, tidak. Haih, cam memang kena kemas bilik je kan. Nanti, cuti 2 minggu, Hasya ambik 1 minggu untuk kemas, make over bilik Hasya ala-ala inggeris. Contoh and idea dah dapat, cuma mahu melaksanakan je, and cari barang, cari cat cari memacam benda lah.
Asik dok berleter je, meh tengok gambar yang Hasya ' pinjam ' kat Abang Google kite nie.

Cottage Style coming in da blog ! Nampak cam selesa je.
This is a modern type of English Bedroom. Moden lah jugak.
This is a Classic Style of bedroom. Terasa duduk dalam cerita  ' Snow White ' dah.
Tu antara bilik yang Hasya dok ushar je. Hasya nak hias bilik campur ketiga-tiga elemen. Cottage sebab selesa, modern sebab moden and classic sebab ala-ala luar negara gitu. Tapi Hasya perhatikan lagi yang perhiasan banyak besi and perabot berwarna putih. Cat dinding pon warna lembut and pastel. Sweet je tengok.
And putih menampak bilik tu besar and ala-ala elegan lah sikit.
Tapi putih kekadang membosankan.
See, warna lembut and pastel je. Sweet je.

Kalau nak ubah warno pon boleh. Warna yang lembut. Nanti Hasya nak cat bilik Hasya warna cream ala-ala putih, and langsir warna biru langit. Perabot warna coklat cream. Fuh, Hasya dah boleh bayangkan bilik Hasya cun gitu.
Waduh ! Gue sudah tertarik dengan birunya.
Perhiasan kita boleh DIY sendiri or beli kat kedia. Tapi kalau beli yang dah siap, maybe mahal. Kalau DIY ntah lah. Let me think first di antara DIY or buy it. Hasya tangan dah lah keras. But first Hasya fokus belajar dulu. Hias-II nie lepas SPM lh. Okay kalau ada masa Hasya share lagi deko deko bilik ye.

Bye-bye.


Friday 30 May 2014

Kem Perhutanan


Hello you alls. How was holiday ? Okay, Hasya cuti atau pon tak smepat cuti Hasya gi kem perhutanan. Apa kah kem perhutanan tu ? Well, dia banyak cerita pasal kepentingan pokok, banyak pasal pokok lah, tapi best. Hasya gi dari 26-29 May 2014, Isnin hingga Khamis. Padahal Isnin tu Hasya ada exams lagi, tapi Hasya jawab satu je paper, lagi satu Hasya jawab tadi. Apa pon best. Dapat kawan baru.

Hari Isnin 26 Maya, pukul 10:30 AM semua dah naik bas, tapi Hasya masih berada dalam kelas, menjawab exam. Pastu bile cikgu dah bagi keluar, bercipang lari ambik kunci kereta, ambik air, nasib beg dah keluar awal-awal letak kat kantin. So, kita orang bertolak dalam pukul 11 and sampai dalam pukul 3. 4-5 jam lah jugak. Tapi kita orang berhenti dalam pukul 2 gitu lah, berhenti makan and solat, tapi time tu kita orang jumpa budak dari daerah Maran, tapi time tu tak tau lh yang dia orang nak gi kem tu jagak, kita orang teka je. Bila sampai, daftar pastu dia orang kedudukan khemah pastu siap-siap untuk makan malam and solat. Dalam pukul 9 kem kom buat taklimat pasal kem nie pastu pukul 10 pembahagian kumpulan. Hasya kumpulan 3 a.k.a Tongkat Ali, anak cik Ali. Kumpulan 3 senyap je, memasing buat hal sendiri. Okay, pastu kena buat bendera kumpulan. Nak tau tak kumpulan Hasya sape. Okay meh Hasya tulis nama dia orang.
* Aqib ( ketua )
* Hakim a.k.a Maran
* Salleh
* Afiq ( bukan kembar Aqib )
* Syafiq ( Budak sekolah Hasya )
* Kak Fidha ( Form 6 )
* Faizah
* Farhana
* Eja (Budak sekolah Hasya )
Tu lah anak cik Ali. Kenapa Hakim a.k.a Maran, tu nanti Hasya tulis ye. Pastu kita orang dapat baju and topi.

Selasa 27 May, pagi bangun senaman pagi pastu jungle treaking. Time nie bnayak lah peserta-peserta yang kea pacat. Hasya kena, kat perut. Sabor je lah. Duduk dalam hutan tu satu hari. Dari pukul 10 sampai pukul 5, yang tu pon ada yang tak keluar lah. Makan tengah hari ? Kita orang masak dalam hutan. Hasya sampai tergolek dalam air. Nasib. Hakim dapat panggilan Maran time nie lah. Time memasak. Hasya panggil ' awak ' elok-II dia buat bodo, tanya Aqib and Afiq " Kau panggil je Maran. " Hm, Hasya apa lagi, " Oi Maran ! " Pastu Hakim " Maran kau panggil aku ? " dia marah Hasya. Kak Fidha and Farhana gelak. Sejak tu lah, Hakim tak puas hati dengan Hasya and asik gaduh je. Ada je benda yang tak puas hati. Bila dah keluar dari hutan, kena jalan pulak nak ke tapak perkhemahan tu, cuba kau bayangkan berapa jauh. Time nie Hasya jalan dengan Kak Fidha, sebab Wan dah berlari. Sambil jalan bersembang dengan Kak Fidha pastu Farhana join sekaki. Time nie Hakim jalan belakang Hasya and dia cakap " Kasut mulut buaya. " Amboi, sodap mulot dia je. Tau dah tapak kasut Hasya dah nak tercabut time tuh. Hasya bengang apa lagi, " Senyap lah Maran ! " Kawan-II Hakim, " Maran dia panggil kau. " Hasya senyap. Dah  nak keluar tu kena panjat bukit yang tinggi. Ada air terjun. Lawa sangat tapi sayang. 100 kali sayang. Hasya tak bawak camera. Malam tu pulak night walk. Hasya macam biasa, buat bodo bila orang kacau. Malam nie juga Hakim marah Hasya sebab Hasya asik panggil Maran je, dia cakap nama dia Hakim. Lepas night walk, dapat tau yang malam esok ada malam kebudayaan. And so Kak Fidha, Farhana, Fiza and Hasya gi kat Salleh tanya dia nak buat apa. Kem kom suruh buat lagu. Salleh fikir. Dia tengok atas " Dengarlah bintang hati ku. " dia menyayi. Hasya menyambung " Aku akan menjagamu. " Kak Fidha " Kita buat lagu tu. " Hasya suruh Salleh tulis lirik pastu Hasya dengan Kak Fidha yang buat lagu, tapi Salleh dah siapkan. Salleh buat semuanya. Time masak Salleh juga. Kalau Salleh tak de ntah apa nak jadi dengan Kumpulan 3.

Rabu, 28 May, seperti biasa, solat, senaman pagi and sarapan. Tapi, hari tu orentering. Apa kah ? Ala yang guna kompes tu. Tak banyak berkomunikasi. Kumpulan 3 yang paling senyap and paling suka buat hal memasing sendiri. Lari-II nie, Hasya time start okay tapi bila nak sampai chekpont yang ke-3 Hasya dah semput, pembetulan, sakit perut. Salleh suruh cepat, Hasya pon lari je lah, sampai chekpont ke-4, dah jem, Salleh, suruh cepat, Hasya rasa cam dah nak pensan sebab apa, Hasya yang pengang kertas chekpont. Pandaikan. Nasib time nie Aqib lintas Hasya, Hasya suruh dia ambik chekpont tu. Pastu selesai sudah. Lepas tu dia suruh usrus diri untuk solat zohor, time nie Izah panggil Hasya dia cakap " Kak Hasya ada panjat pokok ke ? " " Ntah lah Izah, kalau ada Kak Hasya panjat yang pendek je ( sambil peluk pokok ) " Time nie Hasya terdengar, " Tu yang peluk pokok tu. " Hasya pusing and Hakim sedang tunjuk ke arah Hasya. Rupa-II kawan dia silap antara Hasya dengan Wan. Kebetulan, bukan memang Wan and Hasya rancang nak pakai baju sama. Dia orang kacau Wan, nasib Hakim cam. Okay. Lepas Zohor dia orang buat ceramah pasal pokok tetapi separuh kerana hujan lebat yang teramat lebat. Lepas semua selesai, malam lah terus, malam kebudayaan. Dalam pukul 9 PM, cari Salleh nak suruh dia sambung lagu, tetapi hampa kerana tidak di temui. Jumpa Farhana, ajak Farhana cari geng yang lain. Jumpa Syafiq, Afiq and Aqib. Suruh dia orang sambung, dia orang tak tau. Salleh juga yang kena menyambung. Pastu Afiq bukak lagu HAVOC, time tu dia buat lagu HU,HU,HUTAN,HUTAN. Tu dia. Kumpulan 3 HAVOC boh. Mula-II Afiq tak dia suruh Syafiq, Hasya negok Syafiq senyap memang tak lah, dapat kat Aqib, " Suruh Maran rap " Maran juga jadi mangsa. Salleh pon datang. Hasya terus bagi dia buku suruh dia tengaok. Dia sambung tapi dia tak dapat idea sebab kalut. Time kumpulan lain buat persembahan, Salleh buat lagu bagi Hasya. Okay lah. Pastu Hasya duduk tengah-II sebab nak cerita kat Salleh apa yang akan berlaku atas pentas nanti. Dia okay je dengan idea Hasya and Kak Fidha. Budak lain pon ikut. Pastu mula lah cuak pasal lagu Hutan nie. Tetibe Akif kata dia nak menyayi. Selamat. Bila sampai atas petas, Salleh buat intro, dia ingat nyayi lagu Hutan, Hasya suruh Salleh start nyayi dulu, dia pon nyayi kita orang masuk. Pause kejap, bagi mic kat Afiq. Tu dia. Kumpulan 3 HAVOC, HA, HAVOC !! Malam tu lah Hasya rasa boleh bergurau, mula bercakap dengan budak-II laki kumpulan 3. Kalau memasing macam mulut tergam. Malam tu juga hadiah untuk persembahan dapat. Nak tau kita orang dapat no berapa. Sabar ek. Nanti Hasya tulis.

Khamis 29 May. Seperti biasa, tapi pagi tu tak ada senaman pagi, tapi kemas tempat untuk malis penutupan. Lepas tu Hasya lepak dengan geng BD lepas kejadia tu berlaku, Hasya dah malu nak lepak Hasya gi dekat dataran hijau. Afiq cakap " Woi, bila nak bagi hadiah ? " Hasya pandang Afiq " Cuba tanya Salleh bila nak bagi ? " Hasya ikut Salleh. Salleh seolah-olah ketua lah. Afiq gi tanya Salleh, Salleh pandang arah Hasya, Afiq datang " Dia cakap sekarang pon boleh. " Kebetulan Hasya jumpa Kak Fidha " Akak, budak nie nak hadiah, kite bukak sekarang ek. " Kak Fidha " Okay je. " So, Hasya suruh Afiq panggil budak yang lain kita orang bukak. Time nie pon boleh bergurau. Berebut tu, berebut nie. Afiq nak air 100PLUS untuk dia sorang, Hasya suruh share. Abang fesi kumpulan 3 cakap " Kena bagi dia minum banyak, sebab dia memerlukan gas yang banyak untuk rap. " Afiq terus minum satu penutup. Yang lebih kita orang bagi dia. Pastu ada sesi panjat pokok Hasya tak cuba pon tapi pergi tolong abang and akak JPAM berlakon sakit dalam hutan. Lepas tu terus malis penutup. Time nie sesak. Nak snap gambar kumpulan tak dapat, nak snap gambar sekolah tak dapat. Tapi Hasya dapat snap gambar dengan Hakim je. Tu pon guna Ustazah Nil punya phone. Sebelum balik Hasya suruh dia orang tunggu depan tempat makan nak bagi hadiah. Bagi lah. Pastu bye-bye untuk semua. :'(

Senarai Kemenagan Kumpulan 3 a.k.a Tongkat Ali
  • Persembahan - No 2
  • Jungle Treaking - No 2
  • Orentaring - No 2
Fuyoo, persembahan tu No 2, last minit punya lagu dapat No 2.
Salleh : ( Datang sambil senyum kat meja Hasya letak hadiah sementara tunggu Wan ) Dapat no bereapa ?
Hasya : No 2. Tapi ingat nak bagi hadiah nie esok. Sebab tadi dah terpisah.
Salleh : Ikut lah. Tak kisah. ( Pergi sambil senyum )
Balik khemah letak hadiah Hasya, pastu gi balik kat tempat makan nak teman Wan makana. Jumpa Salleh dalam perjalanan.
Salleh : ( Tutup muka dengan buku nota dia ) Untung no 2.
Hasya : Eleh, dia pon sama, no 2.
Salleh : ( Senyum )

Tu lah kenangan dengan Kumpulan 3. Banyak lagi. 

Aqib : Mana hadiah ?
Hasya : Sebelum balik tuggu kat tempat makan.

Semuanya best. Hope dapat jumpa Kak Fidha, Farhana, Fiza, Salleh, Hakim, Aqib and Afiq. Syafiq dengan Eja jumpa kat sekolah boleh.

Gambar nanti Hasya ambik kat Ustazah.

Bye-bye.

Monday 19 May 2014

Happening !


Hola ! Lama kan Hasya tak menghupdate blog nie kan. Al-maklumlah orang exam, tapi sempat update. Okay, okay, Hasya tak mau membuang masa and go straight to the point.
Tadi exams EA ( Ekonomi Asas ) pastu Hasya tengok keliling kelas. Hasya tengok luar kelas. Hasya termenung jap. Time tu Hasya terlintas " Tahun depan cam ne ek ? " Tu benda yang Hasya terlintas. And " Kalau masuk form 6, dapat tak budak kelas otak gilo-gilo ? " Sambil tengok gelagat budak laki kelas Hasya. Ada lagi yang Hasya terlintas. " Kawan cam ne pulak ? Aku dah tak reti buat kawan baru. Nak kawan cam sekarang. Sporting, happening, otak ting-tong memasing ! " Time tu Hasya teringat kat Wan, Azra and Nuna. Kekakwan lain terlintas lah jugak. Hasya termenung lagi sambil tengok kertas soalan. " Nanti dapat tak kertas soalan cam nie ? " " Mesti pelik tanpa cikgu. " " Aku selalu berkepit dengan mak kat sekolah, mesti sunyi bile duduk rumah sorang lepas nie, sementara tunggu mak, ayah, adik balik sekolah. " " Mesti rasa lain. Tak nak tinggal sekolah." Tu yang Hasya dok mengelamun sesorang.
Banyok bendo yang Hasya fikir tadi. Fikir benda yang tak patut difikirkan. " Ustazah nanti cam ne ek ? " Hasya terus teringat kat ustazah bila dia melintas depan kelas Hasya.
Hasya tetap, masih tak percaya. Hasya nak habis sekolah. Tapi perasaan suka campur sedih ada jugak, tapi Hasya nak keluar tapi dalam masa yang sama Hasya tak nak tinggal SMK Bukit Damar.
Kat situ Hasya kenal SEMUA kekawan Hasya. Kawan suka, kawan gaduh, kawan mengumpat, kawan memulau, kawan makan kawan, kawan tikam kawan, kawan sehati sejiwa, kawan otak gile-gile, kawan suka cari gaduh. KAWAN TILL JANNNAH.
Kat situ juga Hasya semua jenis peragai kawan.
Kat situ jugak Hasya kenal semua cikgu, dari lama ke baru. Yang baru Hasya tak sedih sangat, sebab masuk time Hasya form 5, so tak berapa terasa sedihnya. Cikgu yang Hasya kenal dari form 1 till' form 5. Tu yang Hasya nak menagis. Ada jugak cikgu dari form 3 till' form 5. Yang tu pon sodih.
Kat situ juga Hasya menerima ilmu yang berguna untuk masa hadapan.

Keep moving forward, walk to the future, look for the new begging of my life. 
One day, I'll come back and see what's happening.


Tuesday 13 May 2014

MyResepi : Sandwich Telur with Wedges


Okay, nak share resepi nie. Pastikan buat. Kalau tak buat rugi meh. Sodap !


Bahan-bahan ( 1 orang makan )
  • 1 biji telur
  • 2 keping roti
  • Mayonis
  • Mayonis Thousand Island
  • Planta
  • Wedges
  • Sos cili ( boleh tukar sos ikut kesukaan )
Cara-cara
  1. Goreng wedges. Sambil tu goreng telur.
  2. Sapu mayonis pada sekeping roti, lagi sekeping sapukan planta.
  3. Lepas telur siap digoreng, letakkan pada salah satu kping roti. Pastu sapukan sos.
  4. Lepas wedges siap goreng letak atas telur, pastu letak mayonis Thousand Island, ratakan.
  5. Kalau nak bagi ratakan lagi, sapu sikit Thousand Island kat roti lagi sekeping. Kalau nak tmbah sayur pon boleh.
  6. Tindihkan kedua-dua roti and potong and sedia untuk di makan.
P/S : Sedap, Hasya dah cuba. Rugi kalau tak try. Kalau dah try kompem nak lagi.