Sunday 15 May 2016

Student Life

Setiap kali rasa macam nak give up, mak selalu cakap "sebagai student memang macam tu. Banyak dugaan. Tapi jangan merugut sebab setiap langkah dapat pahala. Kalau merungut tu tak dapat apa-II lah, sia-II je."

Well, sekarang memang fikir macam nak give up. Banyak kali dah terfikir tapi fikir pengorbanan mak and ayah. Dari first nak masuk CityU sampai lah sekarang. Dari interview untuk masuk CityU, ayah sanggup drive ke Kuantan. Pastu dah dapat, ayah sanggup pulak drive ke PJ daftar habiskan beribu-ribu just to get me continued study. Pastu sanggup pulak ayah drive ke Puchong cari hostel. Redah jem yang lama pastu ikut Waze masuk jalan kecik semua. Dah sampai hostel, barang tak lengkap, mak sanggup pergi Giant beli, periuk nasi, kettle, periuk, pisau, cutting board sebab tak nak anak dia lapar. Beli penyapu, mop, baldi semua. Ya Allah banyak sangat nak give up tu pon fikir banyak kali. Setiap bulan ayah bank in duit. Duit hostel, utilities and belanja. Anak dia yang nie pulak tak reti nak berjimat. Kaki boros. Kalau Hasya fikir balik Hasya jenis bukan kaki shooping. Tengok wayang pon sebulan sekali, kekadang tak tengok langsung. Duit habis kat makanan je. Tak tau macam mana nak hilangkan sifat boros nie. Sesiapa apa tips silalah share. I beg you pleasee.

Dulu memang target form 6 je. IPTA memang tak fikir pon. Apa lagi IPTS. Pendek kata selaga jenis IPT memang tak terfikir lah. Bila dapat result, tengok math, memang target form 6. Result okay cuma math dapat lulus. Kalau nak masuk IPTA math kena credit, time tu memang cakap kat diri sendiri "form 6 je lah Sya." Pastu CityU call. Dia terangkan course yang Hasya daftar online dulu. Masa dulu memang banyak surat tawaran pastu ayah suruh isi je, Lepas isi UPU, poli, borang IPTS banyak sampai rumah, ayah kata isi je. Kite bukak ler lama web tu isi je. Try minta UniKL tak lepas sebab math. Time tu memang rasa nak maki je math sebab lulus. Tapi rezeki kat CityU, Abang Hafiz call suruh datang interview kat Kauntan. Kite pon pergi je lah. Time tu ada pameran MARA semua kolej swasta bawah MARA. Banyak lah jugak. Isi lah UNITAR, MSU, tapi CityU pandai dia hantar surat tawaran. Alhamudillah dapat CityU, Bacherlor of Education in Teaching English As A Second Language (TESL). Yup, im gonna be a teacher (maybe) Sebab sekarang Hasya mengalami kecelaruan cita-II. 
Daftar CityU 9/5/2015, daftar form 6 hari Isnin. Seminggu je jarak tu. Time cakap kat mak nak dafatr form 6 pastu keluar mak kata mengade. So kite tegok je lah senarai nama budak form 6 yang cikgu Suhailah hantar kat group class. And dari 9/5/2015 jadi lah saya seorang kolej student. 9/5/2016 tu dah cukup setahun dah. Hahaha.

Part yang nak give up sebab duit. Nasib kau lah Sya kau masuk IPTS. Dengan MARA tak bukak, ayah memang tak bagi ambik PTPTN, jadi sekarang Hasya sambung degree dengan duit FaMa (father and mother) Tu yang sedih sikit. Tak tau lah nak belanja cam ne. Nak bajet macam mana. Hostel pon bukannya murah. RM 240 sebulan. Dapat peti and dapur. Utilities pon bukannya murah. Sorang kekadang sampai RM 80. Mak tak bagi merungut tapi perasaan nie kekadang rasa macam menyesal. Patut masuk form6 je. Tapi ayah dah kata asasi yang terbaik, umur 22 dah graduate. Sebab dulu hasya pernah cakap "aku akan masuk form6 tapi kalau dapat tawaran U lagi oke dari form6, aku masuk U." Yup and CityU is my choice. 

Whatever it is;
 TOLONGLAH AJAR HASYA MACAM MANA NAK BERJIMAT, BERBAJET DUDUK SENLAGOR TU!!!! PLEASE HELP ME!!!

Sila jangan tertipu dengan gambar seperti saya tertipu dulu



P/S:
Kolejnya satu bangunan petak yang panjang. Ada 5 tingkat. Pasal rupa bangunan tu tak kisah sangat sebab hari Rabu tu mak ayah g hospital Hasya ikut jadi alang-II tu g lah cari sekali kolejnya. Jadi mental Hasya dah prepare for the building but i was not prepare for the hostel. Depan kubur. At first takut tapi lama kelamaan dah kebiasaan. Membawa keinsafan dan mengingat kepada kematian,