Friday 29 August 2014

Raya Raya !!



Huff, huff. Berhabuk benda alah nie. Bukan buzy ke apa (tengah trial SPM ). Cuma malas nk bukak and niat nk update pasal raya dah lama Hasya simpan di dalam hati, tapi malas, (sibuk dok study untuk trial ) hari nie tibe je rajin. So,, let's go on to the story lh. 

26.07.2014
Pada pukul 10 pagi gitu, Hasya and family bergerak ke Kedah. Yes, raya Hasya raya kat kampung bawak Cikgu Matsalleh. Miss Cassi. Hasya rasa Hasya tak dok cerita an. Nevermind. So, seperti biasa, perjalanan yang agak lama seperti biasa kerana semua orang nak balik raya
27.07.2014
Time nie ready nak beli barang for raya lh. Bawak Miss Cassi gi beli baju raya. Dia beli 3 pasang. 1 warna purple, 1 batik hijau, 1 lagi baju kurung biasa warna coklat kuning. Hasya dapat sehelai je, sebab Hasya dh ada baju raya. Mak Hasya dapat 3 helai juga. Huntung. Selepas itu, kami pergi beli barang untuk buat nasi beriani. Shopping kat TESCO. Petang tu, kereta wat hal. Masuk bengkel. Dugaan. Malam tu, Miss Cassi nak cuba menyembang with my cousin, tetapi tidak berjaya kerana mereka malu. So Cassi ajak dia orang main game.

Shopping Raya
Kete masuk bengkel, kite selfie dulu.
Memasing tak reti buat ejaan dalam bahasa Inggeris,
Kak Hasya pon mulakan idea diatas.

28.07.2014
Raya pertama and gi raya lh. Hasya tak de snap gambar sebab busy makan. Petang tu, bawak Miss Cassi meronda kampung. Malam tu, atas permintaan Miss Cassi, kita orang snap family pictures.

Me in red and she in purple.
Meronda satu kampung.
Budak kecik nie cam selfie gune camera kan.
Atas permintaan Miss Cassi.
Malam tu Hasya terkena sakit perut yang teramat. Raya ke-2 mederita kerana sakit.

29.07.2014
Time nie raya Perak. Hantar Miss Cassi gi rumah Sir Fariz. Tak de gambar sebab Hasya sakit perut so no mood to take any picture.

For your information, selfie sihat,




My Raya story. Tu je lh. Raya ke-3 tu, dah duduk lepak kt umah wat kerja gile ah.




Bye.

No comments: