Sunday 5 April 2015

TESL

Lepas dapat result, Hasya kemas kini balik borang UPU. Ayah suruh Hasya isi borang Kolej Tinggi MARA. Cikgu Sabri pon ad suruh Hasya isi borang tu bawah seni grafik. Lepas dah isi, Hasya dh malas nk kemas kini Hasya biar je. Tunggu panggilan form 6 je lh. Dengan result agak baik lah jugak, Hasya dah redha dengan apa yang Hasya isi. Pastu dapat banyak pulak surat tawaran. Semua surat tawaran tu Hasya baca pastu letak kat komputer. Mak suruh isi tapi..... Hasya dah malas nk mohon apa-II, so Hasya biarkan.

Satu hari Mak bawak balik lagi satu surat tawaran. Mak tak bagi kat Hasya tapi mak letak kat kerusi komputer je. Macam biasa Hasya bukak, baca, tapi yang nie Hasya tergerak nak isi sebab ada Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Hasay pon bukak lah City University College apply for Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Hari apa Hasya tak ingat tapi hari Jumaat 03/04/2015 orang dari CUCST telifon Hasya. Tanya. Hasya pon jawab. Pastu tibe dia minta Hasya g Kuantan for Karnival MARA. And Hasya bodek my father and mother. 

04/04/2015 Hasya g lh Kuantan seperti permintaan Abang Hafiz ( nama abang yang tepon Hasya ) sampai sana pergi lh ke booth dia. Sampai ad lagi sorang Abang Hafiz yang handel Hasya. Dia cakap Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak tu tak ad offer biasiswa MARA. Yang ada TESL. TESL. TESL. Hasya memang berminta nak jadi cikgu Bahasa Inggeris tapi for sekolah rendah lah. Fikir punya fikir, Mak ngan Ayah pon dah galakan sebab TESL tu asasi. 4 tahun je belajar. Setelah pusing satu dewan, tersesat, tak jumpa mak ayah, sempat selfie ngan kakak sedara Hasya pon terima. Isi borang. Tapi dia kata tempat terhad. So ikut nasib. Kalau nasib baik Hasya dapat kalau tak form 6 kat Bahaman je lh. Bak kata ayah, asal belajar.

So sekarang Hasya masih menunggu surat dari CUCST. Dia kata ambilan April 11 hari bulan nie, tapi kita boleh minta masuk bulan Mei. Kalau Hasya dapat Hasya minta masuk bulan Mei. Tak sedia lagi nak berpisah ngan mak and ayah. Jumpa Wan pon belom nie nak tinggal dia. CUCST tu swasta. Hasya tak nak sebab kena guna duit banyak tapi ayah kata ok, Hasya pon ok. So, tunggu lah Hasya update lg pasal nie. Kalau ada rezeki Hasya dapat. Doakan Hasya dapat :)

Bye bye..

No comments: