Thursday 22 September 2016

Memories

In just few month, there are a lot of memory that i create with them. It was such a good time. Dapat spend time ngan geng yang sekepala memang best. Hope persahabatan nie kekal lh sampai bileII sebab Hasya dah anggap semua macam family kedua Hasya.








Saturday 9 July 2016

Hari Raya Ke-3


Selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam. Saya tau hari nie, 09/07/2016 dah hari raya ke-4 tapi saya tetap nak jugak buat ucapan. Selamat hari raya!!!

Okay done merepek sekarang Hasya nak cerita pasal raya ke-3. Why?? Sebab Hasya beraya dengan kawanII Hasya kat Pahang nie, Raya pertama macam biasa lah kat Kedah but this time really awkward tak tau sebab apa. Maybe sebab hujan kot pagi raya tuhh. Raya kedua raya dalam kereta sebab OTW balik Pahang. Raya ke-3 baru merasa beraya. Tu pon dah lewat petang, pastu beberapa rumah je g rayanya. Hasya g beraya dengan Wan, Nuna, Ershad and Azra. Rancang berdua dengan Wan tapi rasa bosan berdua ajak lh beberapa org lagi. 

Thanks guys sebab spend time ngan aku even kejap. Thanks Wan sebab merancang and jalankan perancangan kite nak g raya. Thanks Ershad sebab jadi driver, cameraman and bayangII. Thanks Nuna sebab ikut even kita org ajak last minit. Thanks Azra sebab ikut even malam tu kena balik Kedah dah and suggest tempat yang cantik untuk photoshoot raya. Thanks for everything.

So Hasya dah tak tau nak tulis apa, korang usharII lah gambar raya saya yang tak berapa nak beraya tuhhh.


With adik, Hafiz. Itu adik Hasya. ADIK


My Family

Raya ke-2 be like.....

Bosan dah duduk dalam kereta lama sangat




Thanks geng


Sunday 15 May 2016

Student Life

Setiap kali rasa macam nak give up, mak selalu cakap "sebagai student memang macam tu. Banyak dugaan. Tapi jangan merugut sebab setiap langkah dapat pahala. Kalau merungut tu tak dapat apa-II lah, sia-II je."

Well, sekarang memang fikir macam nak give up. Banyak kali dah terfikir tapi fikir pengorbanan mak and ayah. Dari first nak masuk CityU sampai lah sekarang. Dari interview untuk masuk CityU, ayah sanggup drive ke Kuantan. Pastu dah dapat, ayah sanggup pulak drive ke PJ daftar habiskan beribu-ribu just to get me continued study. Pastu sanggup pulak ayah drive ke Puchong cari hostel. Redah jem yang lama pastu ikut Waze masuk jalan kecik semua. Dah sampai hostel, barang tak lengkap, mak sanggup pergi Giant beli, periuk nasi, kettle, periuk, pisau, cutting board sebab tak nak anak dia lapar. Beli penyapu, mop, baldi semua. Ya Allah banyak sangat nak give up tu pon fikir banyak kali. Setiap bulan ayah bank in duit. Duit hostel, utilities and belanja. Anak dia yang nie pulak tak reti nak berjimat. Kaki boros. Kalau Hasya fikir balik Hasya jenis bukan kaki shooping. Tengok wayang pon sebulan sekali, kekadang tak tengok langsung. Duit habis kat makanan je. Tak tau macam mana nak hilangkan sifat boros nie. Sesiapa apa tips silalah share. I beg you pleasee.

Dulu memang target form 6 je. IPTA memang tak fikir pon. Apa lagi IPTS. Pendek kata selaga jenis IPT memang tak terfikir lah. Bila dapat result, tengok math, memang target form 6. Result okay cuma math dapat lulus. Kalau nak masuk IPTA math kena credit, time tu memang cakap kat diri sendiri "form 6 je lah Sya." Pastu CityU call. Dia terangkan course yang Hasya daftar online dulu. Masa dulu memang banyak surat tawaran pastu ayah suruh isi je, Lepas isi UPU, poli, borang IPTS banyak sampai rumah, ayah kata isi je. Kite bukak ler lama web tu isi je. Try minta UniKL tak lepas sebab math. Time tu memang rasa nak maki je math sebab lulus. Tapi rezeki kat CityU, Abang Hafiz call suruh datang interview kat Kauntan. Kite pon pergi je lah. Time tu ada pameran MARA semua kolej swasta bawah MARA. Banyak lah jugak. Isi lah UNITAR, MSU, tapi CityU pandai dia hantar surat tawaran. Alhamudillah dapat CityU, Bacherlor of Education in Teaching English As A Second Language (TESL). Yup, im gonna be a teacher (maybe) Sebab sekarang Hasya mengalami kecelaruan cita-II. 
Daftar CityU 9/5/2015, daftar form 6 hari Isnin. Seminggu je jarak tu. Time cakap kat mak nak dafatr form 6 pastu keluar mak kata mengade. So kite tegok je lah senarai nama budak form 6 yang cikgu Suhailah hantar kat group class. And dari 9/5/2015 jadi lah saya seorang kolej student. 9/5/2016 tu dah cukup setahun dah. Hahaha.

Part yang nak give up sebab duit. Nasib kau lah Sya kau masuk IPTS. Dengan MARA tak bukak, ayah memang tak bagi ambik PTPTN, jadi sekarang Hasya sambung degree dengan duit FaMa (father and mother) Tu yang sedih sikit. Tak tau lah nak belanja cam ne. Nak bajet macam mana. Hostel pon bukannya murah. RM 240 sebulan. Dapat peti and dapur. Utilities pon bukannya murah. Sorang kekadang sampai RM 80. Mak tak bagi merungut tapi perasaan nie kekadang rasa macam menyesal. Patut masuk form6 je. Tapi ayah dah kata asasi yang terbaik, umur 22 dah graduate. Sebab dulu hasya pernah cakap "aku akan masuk form6 tapi kalau dapat tawaran U lagi oke dari form6, aku masuk U." Yup and CityU is my choice. 

Whatever it is;
 TOLONGLAH AJAR HASYA MACAM MANA NAK BERJIMAT, BERBAJET DUDUK SENLAGOR TU!!!! PLEASE HELP ME!!!

Sila jangan tertipu dengan gambar seperti saya tertipu dulu



P/S:
Kolejnya satu bangunan petak yang panjang. Ada 5 tingkat. Pasal rupa bangunan tu tak kisah sangat sebab hari Rabu tu mak ayah g hospital Hasya ikut jadi alang-II tu g lah cari sekali kolejnya. Jadi mental Hasya dah prepare for the building but i was not prepare for the hostel. Depan kubur. At first takut tapi lama kelamaan dah kebiasaan. Membawa keinsafan dan mengingat kepada kematian,

Friday 22 April 2016

Memories in 1 Day

Hey, how is life? Its been so long since i haven't update anything. Well now I'm going to tell you about my short vacation to Malacca :D
Yeahh I now its sounds boring but nie bercuti bersama budak kolej. Kawan Hasya yang ikut Ayu, Eyka tapi tak berapa rapat, tegur tu ada lah jugak, Iqin langsung tak kenal tapi lepas g Melaka baru tau yang dia satu class ngan Hasya time Pengajian Malaysia 2, pastu Dhea, budak intake baru, lepas SPM, Abang Asma abg senior yang ingat dia president hostel, Amir yang Hasya tau dia budak Kuantan, Alif Alpha intake awal dari Dhea and Alif Beta intake sama ngan Alif Alpha. (Jangan tanya kenapa alpha and beta, sebab Hasya pon tak tau. Dia org suruh panggil cam tu) Pergi Melaka untuk 3 hari 2 malam on 8/4/2016 until 10/4/2016. Jumaat hingga Ahad and Isnin class macam biasa.


08/04/2014
Bangun lewat and huru hara bersiap. Nasib barang dah kemas cuma minta tolong Ayu bawakkan sebab Hasya hampir tertinggal bas 7.30 A.M. Dah hari tu ada presentation pastu dengan tak sempat pakai foundationnya, bedak and lipstick lagi. Pastu tudung tak pin berlari kejar bas. Nasib tak kena tinggal. So class macam biasa. Habis class pukul 4.30 P.M. Pastu duduk tunggu kat STAD. Kau mereput lah sampai pukul 9 malam. Pukul 9 tu baru bergerak ke Melaka. Singgah R&R Seremban makan pastu sambung perjalanan. Sepanjang perjalanan fuhh meriah bas sebab budak bola conquer belakang. Lupa nak bagi tau yang sebenarnya Hasya ikut budak bola and netball bertanding. Hasya, Eyka, Ayu, Iqin, Dhea nie kira penyokong tak berbayar. Alif Alpha and Beta jurufoto tak berbayar. Abg Asma and Amir manager Encik Shahrul. Continued, sampai Melaka pukul 11 lebih and masuk homestay pastu rehat sebab esok ada game.

09/04/2016
Bangun pukul 5 sebab takut berebut bilik air. Dah siap semua keluar rumah pukul 7.30 gitu pastu tunggu budak bola and netball bersiap. Kita org yang tak main siap dulu. Semua dah siap, naik bas g kat tempat perlawanan tu. Ingatkan jauh rupanya depan simpang kat homestay tu je. So berjemur lah kau bawah matahari. Kehulur kehilir menyokong budak bola and netball. For semi final, CityU FC and CityU Trooperts berlawan sama sendiri. CityU hantar 2 team bola. So dia orang main pon tak serious. Siap bersembang. Pastu Encik Shahrul ugut 'Korang tak main elok-elok balik jalan kaki' ugutan dia sangat memberi semangat kat budak bola. For the winner dia org ckp dapat no 3 tapi tak tau team mana sebab Hasya ngan Ayu balik homestay. Penat and panas kot. Time tu Eyka, Iqin and Dhea ikut Encik Shahrul g cari pisang, Hasya ngan Ayu malas nak duk dalam panas lama-lama kita org balik jalan kaki. Malam tu g makan. Makanan tu sampai bapak ahhh lama. Dia org siap makan hasya lom dapat lagi. Hasya and Dibah tak dapat makanan. Dibah sampai menagis. Hasya still cool lagi. HAHAHAHA. Time tu ada orang memujuk tu yang tak menagis kalau tak Hasya dah menagis sebab 1 hari tak makan pastu lambat sampai. Maka Hasya bungkus makanan tu and makan kat rumah. Malam tu ingat nak berjalan tapi budak bola tido maka balik rumah and rehat. Sampai rumah Hasya terus makan sambil tengok cerita khurafat. Selesai semua tido lh.

10/04/2016
Macam biasa bangun mandi and seperti biasa kita org siap lagi awal dari budak bola and netball. Pergi Mydin makan pastu berjalan kat Bandar Hilir. Time nie dah berpecah so masing-masing ikut geng masing-masing. Hasya of course ngan penyokong. Nie berjalan, selfie, posing and cari ole-ole untuk kawan yang berada di Damai Court. Tapi bukan semua but for my housemates. Bertolak balik dalam pukul 3. Berhenti kat R&R Seremban makan pastu balik. Sampai Damai dalam pukul 8 kalau tak silap. Pakcik Bujang jemput dengan van merah yang Hasya pernah nampak time first Hasya masuk CityU.

That's all my short vacay with football team. Memories in 1 day tu hari yang last sebab rasanya org tu takkan layan Hasya seperti biasa. Oh nanti Hasya nak try buat novel yang bertajuk 'Cintaku tertinggal di Melaka' tak pon 'Bahagiaku di Melaka'. Kenapa? Ada kisah disebalik Melaka. Next time no more Malacca for me. I hope not. Done membebel so ushar gamabr Melaka kite. Hasya tak bawak camera so I only use my phone and Iphone Eyka :)

Si penyibuk Abg Asma. Dah tak de gmbr org sorang kt situ

Penyokong and ibu angkat. Hasya, Ayu and Iqin tak de baju sebab ganti org


Dari kanan, Alif Beta, Eyka, Iqin, Hasya
Belakang Dhea, Ayu, Alif Aalpha, Amir


Tu diaa pasukan bola CityU


Boleh buat geng dalam 1 hari. Otak gile, masuk air dia org nie

With Eyka