Friday 22 April 2016

Memories in 1 Day

Hey, how is life? Its been so long since i haven't update anything. Well now I'm going to tell you about my short vacation to Malacca :D
Yeahh I now its sounds boring but nie bercuti bersama budak kolej. Kawan Hasya yang ikut Ayu, Eyka tapi tak berapa rapat, tegur tu ada lah jugak, Iqin langsung tak kenal tapi lepas g Melaka baru tau yang dia satu class ngan Hasya time Pengajian Malaysia 2, pastu Dhea, budak intake baru, lepas SPM, Abang Asma abg senior yang ingat dia president hostel, Amir yang Hasya tau dia budak Kuantan, Alif Alpha intake awal dari Dhea and Alif Beta intake sama ngan Alif Alpha. (Jangan tanya kenapa alpha and beta, sebab Hasya pon tak tau. Dia org suruh panggil cam tu) Pergi Melaka untuk 3 hari 2 malam on 8/4/2016 until 10/4/2016. Jumaat hingga Ahad and Isnin class macam biasa.


08/04/2014
Bangun lewat and huru hara bersiap. Nasib barang dah kemas cuma minta tolong Ayu bawakkan sebab Hasya hampir tertinggal bas 7.30 A.M. Dah hari tu ada presentation pastu dengan tak sempat pakai foundationnya, bedak and lipstick lagi. Pastu tudung tak pin berlari kejar bas. Nasib tak kena tinggal. So class macam biasa. Habis class pukul 4.30 P.M. Pastu duduk tunggu kat STAD. Kau mereput lah sampai pukul 9 malam. Pukul 9 tu baru bergerak ke Melaka. Singgah R&R Seremban makan pastu sambung perjalanan. Sepanjang perjalanan fuhh meriah bas sebab budak bola conquer belakang. Lupa nak bagi tau yang sebenarnya Hasya ikut budak bola and netball bertanding. Hasya, Eyka, Ayu, Iqin, Dhea nie kira penyokong tak berbayar. Alif Alpha and Beta jurufoto tak berbayar. Abg Asma and Amir manager Encik Shahrul. Continued, sampai Melaka pukul 11 lebih and masuk homestay pastu rehat sebab esok ada game.

09/04/2016
Bangun pukul 5 sebab takut berebut bilik air. Dah siap semua keluar rumah pukul 7.30 gitu pastu tunggu budak bola and netball bersiap. Kita org yang tak main siap dulu. Semua dah siap, naik bas g kat tempat perlawanan tu. Ingatkan jauh rupanya depan simpang kat homestay tu je. So berjemur lah kau bawah matahari. Kehulur kehilir menyokong budak bola and netball. For semi final, CityU FC and CityU Trooperts berlawan sama sendiri. CityU hantar 2 team bola. So dia orang main pon tak serious. Siap bersembang. Pastu Encik Shahrul ugut 'Korang tak main elok-elok balik jalan kaki' ugutan dia sangat memberi semangat kat budak bola. For the winner dia org ckp dapat no 3 tapi tak tau team mana sebab Hasya ngan Ayu balik homestay. Penat and panas kot. Time tu Eyka, Iqin and Dhea ikut Encik Shahrul g cari pisang, Hasya ngan Ayu malas nak duk dalam panas lama-lama kita org balik jalan kaki. Malam tu g makan. Makanan tu sampai bapak ahhh lama. Dia org siap makan hasya lom dapat lagi. Hasya and Dibah tak dapat makanan. Dibah sampai menagis. Hasya still cool lagi. HAHAHAHA. Time tu ada orang memujuk tu yang tak menagis kalau tak Hasya dah menagis sebab 1 hari tak makan pastu lambat sampai. Maka Hasya bungkus makanan tu and makan kat rumah. Malam tu ingat nak berjalan tapi budak bola tido maka balik rumah and rehat. Sampai rumah Hasya terus makan sambil tengok cerita khurafat. Selesai semua tido lh.

10/04/2016
Macam biasa bangun mandi and seperti biasa kita org siap lagi awal dari budak bola and netball. Pergi Mydin makan pastu berjalan kat Bandar Hilir. Time nie dah berpecah so masing-masing ikut geng masing-masing. Hasya of course ngan penyokong. Nie berjalan, selfie, posing and cari ole-ole untuk kawan yang berada di Damai Court. Tapi bukan semua but for my housemates. Bertolak balik dalam pukul 3. Berhenti kat R&R Seremban makan pastu balik. Sampai Damai dalam pukul 8 kalau tak silap. Pakcik Bujang jemput dengan van merah yang Hasya pernah nampak time first Hasya masuk CityU.

That's all my short vacay with football team. Memories in 1 day tu hari yang last sebab rasanya org tu takkan layan Hasya seperti biasa. Oh nanti Hasya nak try buat novel yang bertajuk 'Cintaku tertinggal di Melaka' tak pon 'Bahagiaku di Melaka'. Kenapa? Ada kisah disebalik Melaka. Next time no more Malacca for me. I hope not. Done membebel so ushar gamabr Melaka kite. Hasya tak bawak camera so I only use my phone and Iphone Eyka :)

Si penyibuk Abg Asma. Dah tak de gmbr org sorang kt situ

Penyokong and ibu angkat. Hasya, Ayu and Iqin tak de baju sebab ganti org


Dari kanan, Alif Beta, Eyka, Iqin, Hasya
Belakang Dhea, Ayu, Alif Aalpha, Amir


Tu diaa pasukan bola CityU


Boleh buat geng dalam 1 hari. Otak gile, masuk air dia org nie

With Eyka

No comments: