Wednesday 21 January 2015

Draving Lesson Part I


Budak pendek comel nie belajar driving. Mula-II macam terkejut tapi dalam hati excited gilos. Pastu bile dh asik kena bangun awal pagi sebab ada kelas, jadi malas pulak.Tapi Hasya tak dapat lesen L lagi. Bakal dapat lesen L. Alah baru L dh nak kecoh. Well, sharing is caring kan. So moh le kite ke cerita Hasya yang sedang mengambil lesen L.

17/01/2015
- Pasa hari Sabtu yang indah, Hasya dikejutkan pada pukul 6.30 pagi untuk solat Subuh. Kemudian Hasya sambung tido. ( Tak yah formal sangat ) Pastu mak Hasya kejut pukul 7 suruh mandi. Dengan malasnya Hasya tarik selimut. Mak ketuk pintu punya lah suruh mandi. Dengan relanya Hasya pon bangun. Dah siap mandi Ayah balik dari membeli nasi lemak. So breakfast makan nasi lemak. Hasya makan kt ruang tamu sambil tengok cerita Naruto kat Animax, mak " Oii cepat sikit karang lambat," Dengan pantas Hasya makan bila dh siap g dapur tengok ayah masih makan. Hasya pon siap-II. Pukul 8 tunggu kat Mempateh, tunggu cikgu tu dtg jemput. Pastu kawan ayah sampai beberapa minit kemudian cikgu tu sampai. Nama cikgu tu Kak Farah. So g lah By Pass Mentakab/Temerloh. Daftar, cap jari ( kedatangan ) masuk kelas. Star kelas. Dari pukul 8 hingga kul 4. Pukul 1 hingga kul 2 rehat. Pukul 4 balik tapi time nak cap jari mampat dalam ofic tu, Kena beratur. Punyalah semua nak balik. Hasya ngan kawan anak ayah A.K.A kawan Hasya masa kecik bernama Qistina dapat balik dalam pukul 4.30. Sampai rumah, tak sempat sampai rumah. Kak Farah turunkan Hasya kat bas stand Lanchang Permai sebab ayah otw g Temerloh. Lepas tu terus Hasya g melawat adik Hasya kat Al-Wosto.

20/01/2015
- Hari tu ujian berkomputer. Hasya macam biasa malam sebelum ujian baru baca buku and buat buku latihan tu. So pagi tu Hasya ikut ayah Hasya g sekolah dia sebab nanti tak de orang nak hantar balik and Kak Farah tak tau rumah nak jemput walaupun dia kena jemput. Hasya tunggu lah sampai kul 8 pastu mak Qistina A.K.A cikgu kat sekolah Bahaman, suruh ayah Hasya hantar Hasya kat rumah dia. Ayah pon hantar. Duduk lah kat rumah Qistina sambil study last minit. Kak Farah tu datang jemput dalam pukul 9.15 pastu bertolak. Sampai buat latihan berkomputer kat pusat latihan pastu baru pergi buat ujian kat Myeg. Ujian tu kejap je, tapi nak menunggu giliran tu yang lama. Lepas no dipanggi, snap gambar untuk buat lesen L, masuk bilik komputer buat ujian. Hasya dapat 43/50. Nasib lulus 42/50. Qistina dapat full mark. Selesai semua dapat lah balik dalam pukul 1.

21/01/2015
- Hari ni taklimat pasal kereta. Macam biasa bangun, mandi, buat sarapan, makan sarapan sambil tengok tv pastu bersiap-siap. Hari ni Kak Farah terlambat sikit. Qistina pon ingat tak jadi. Hasya sempat lah habiskan 1 movie and half movie. Pastu sampai macam biasa cap jari pastu tunggu kat kantin. Beberapa minit cikgu tu panggi. Dia terang lah satu-satu persatu sudut kereta tu. dalam pukul 10.30 start and habis dalam pukul 11. Tunggu lah 4 jam untuk cap jari. Pukul 3 kena cap jari. 4 jam menunggu kat kanti. Pukul 12 makan tengah hari pukul 1 masuk surau, rehat kat surau. Pukul 2 g balik kantin sampai kul 3. Pukul 3 tu Kak Farah bawak lah kita orang naik kereta lalu kat tempat dia orang selalu berlatih. Kak Farah ajar secara lisan je. Dia tak bagi kita orang bawak kereta lagi sebab kita orang tak de lesen L lagi. Lepas tu cap jari and balik.

That's my pengalaman semasa berlajar kereta. 17 tu hari Sabtu kursus memang ramai orang. 20 tu hari Selasa, sunyi je tempat latihan tu, tapi bila sampai kat tempat nak ambik ujian, penuh. 21 tu hari Rabu, jumpa lah budak yang lulus ujian semalam. Pastu ad lah beberapa org murid yang berlatih. So far kawan yang Hasya dapat buat adalah Qistina. My long lost friend. Tak lost lh. Cuma malu bile jumpe. Hasya kenal dia pon masa umur 5 tahun sebab g sekolah Taska yang sama, tunggu mak and ayah kat Bahaman. Pastu masuk 6 tahun Hasya dah sekolah Tabika kat Bukit Damar. Arwah Odang Hasya hantar. So Qistina nie kira my childhood friend. Lost childhood friend.

Lesen L kemungkinan minggu depan baru dapat. So Hasya kena biasakan diri dengan kereta. So esok atau lusa kena minta tolong ayah ajar sikit-sikit.

Bye-bye.


No comments: